Search This Blog

Monday, 18 January 2016

Solat sunat Dhuha

Assalamualaikum semuaaaaaa (baca macam mak jemah plsss)

OK~kembali bersiaran dari kilang plastik jauh nuuuuuuuu di selatan Malaysia~

Meh kakla share skit pasal solat dhuha and khasiat nya ~ sama2 kita ke arah yang lebih baik INSYALLAH




Sedutan dari link :

http://ibuberbicara.blogspot.my/2012/12/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakannya.html

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya


Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:


Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:
Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Nota
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 

Mencintai kalian~Kakla cantik memohon keredhaan

Monday, 4 January 2016

BTT - Seoul, Korea - TIPS

Hi...

Harini, kakla rajin sangat nak hapdet blog...di sebabkan kerajinan kakla tahap hantu maklimah kesurupan...kakla nak bagi tips sket kat adik2 ...

Tips! Tips! Tips! Tips! Tips! Tips! Tips!
Korang boleh jek nak bawak fud and barang2 keperluan yg lain dari Msia. Yo la...kami ni kan pemakan, ketakutan untuk mati kelaparan tu mmg sentiasa dalam otak kakla, kakla and kakla...antara barang makanan yg kami bawak untuk stock~

Food :
1) Maggi (6 cups)
2) Kimball Mushroom soup (2 packets)
3) Brahim's
~Rendang ayam
~Kurma ayam
~Kari ayam
4) Resin (ikhsan boy - seben kakyo)
~Sambal ikan bilis
~Kakla hilang ingatan
~Beras (2 pack)
5) Nasi arab (ikhsan cik kiah - syurga kakyo sebelum kawin)
~2 packets  >>>>alahaiiii adik2...sedap sgt kottttt nasik ni...
6) Sambal hitam, sambal pekasam, sambal ikan tenggiri (ikhsan kak anum kawan kakha...gila baek kawan kakha ni ha...siap seponser kami, tp ada syarat la eh..."tlg snap kan sambal akk masa korang p Nami island..." gitu la bunyiknya,, pasal kak anum cakap live dgn kakha..bukan kakla hehhehehee

Senjata rahsia
1) Ha....ni la paling penting...tanpa beliau...siapa la nasi arab and makanan yg lain nak terhidangkan...
Rice cooker (ikhsan iza...budak kilang kakla)
2) Sudu & tupperware (mohon jgn lupakan...pasal benda penting ni yeop)
3) Tarmos  kecik (2 biji) Bawak masa winter jek..pasal nanti korang sejuk bole la minum air kopi jap...haaaa gila *stemet tak kami...
Mohon korang letak kat luggage ye..kalau tak, mau sensor epot tu dok mengiyau...dah2..kene buang...coz besi tak ikut naik badan yek..
4) Sila bawak sejadah kecik
5) Kompas kiblat diperlukan
6) kasut yg selesa (jgn ketat, jgn nipis sgt) eh lupa nak citer, pasal kasut ni...untuk winter actually better pakai boot, pasal..tak basah ..and jalan kat sana licin kan..kalau pakai sport shoes bole jek..cuma tu la...kalau kene ais...basah la beliau, and grip beliau kat jalan licin ni tak berapa nak efektif...so kalau xde bajet..pakai jek sport shoes. Makesure, SELESA.
7) Winter jacket~ kami belik kat bundle jek dik...jimat....

Rasanya tu jek kot..kalau kakla teringat lagi kakla hapdet ye..

Daaaaa. Kakla santek.






BTT @ Seoul, Korea ~ Entry Day 1 (part 2)

Hai~ kembali kakla ke pangkuan Msia dengan penuh kesyukuran...

Alhamdulillah...and assalamualaikum semua!!

Selamat tahun baru~ 2016~~~~ yeahhhh kakla da tua setahun.....takpe2, tua setahun jek kot. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatAllah SWT, di berkati jalan yg kita pilih and yang paling penting kita semua yakin dan berazam menjadi insan yg lebih baik setiap hari* AMINNNNNNNNNNNNNN

Okeyh, meh kakla sambung entry kakla last 2 weeks ago. Tu ari kakla da citer pasal Day-1 @ Korea, tp blm sampai malam lagi..kakla da rushing nak balik kan...nampak tak, nampak tak....focus kakla tergendala bila teringat abam fitri da tunggu kat umah.. (uhhhhhh silakan vomit blood berjemaah adik2 sekalian).

Back to the topic. Malam pun menjelma. Sini eh, kita akan rasa malam lambat habis. Pasal, pkl 5pm jek da macam maghrib kat Malaysia yolls.

Kami putuskan, lepas pegi Namsan tower, balik ~ rehat, makan, solat & tidur. FYI eh adik2...masa kami balik dari Namsan tower cuaca meme da sejuk bangat la, tp snow belum kuar lagi. Pasai takdak pengalaman and typical asian. Kami balik hotel (sbnrnya, tak tahan sejuk wehhhhhhhhhhh~sila angguk kakakz2 sekalian).



So, balik hotel..mak jalankan tanggungjawab beliau. Mak masak nasi arab (ikhsan dari cik kiah a.k.a mak kakyoyo) baek tak beliau...concernkan ... eh lupa nak ingtkan korang, yang bahawasanya...mak dalam cerita kakla ni...ialah kakha...meh sket kakla banje muka beliau yg super keibu2an tu..

oceceh...   

Selesai makan, kami berehat~nak kumpulkan tenaga untuk esok, Nami island yo!

Secara ringkasnya;

Jajahan BTT @ Seoul, Korea :

Day 1 :
Namdaemun

Namsan Tower

Don worries adik2 kakla sayunk...at the end of Korea trip kakla for sure akan buat overall summary...saje jek nak panjang2 kan entry kakla yg simple the dimple ni...hehehe

Ohhh lupa nak citer, masa kakla and kakla enak2 di lamun mimpi abam2 koya~kakyo and kakmah turun bawah, malam tu da 2deg~and snow da keluar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



So, kakla sambung untuk day-2 shortly.

Meh sayunk kakla sket~kakla santek




Snow pukul 2am ~ pica by kakyo

View bilik kakla & kakha pukul 2am ~hehehe (abam fitri jgn menyesal plsss)

Eksaitednya muka beregu campuran cap lipan bara ni

Mencintai kalian ~ Ala Santekkkkkk